Wednesday, August 10, 2011

sekali lagi cinta itu hilang...

sekadar gambar hiasan


sekali lagi kau menyepi dari diri ini...dan membuatkan aku tertanya-tanya di mana salah dan silap aku dalam membina dan menjalin perhubungan cinta ini...
tiap hari yang berlalu terasa kosong dan tidak bermakna....segala yang indah dan yang ku angankan hilang sekelip mata...mungkin hadirmu untuk kali ini hanya persinggahan cuma...
aku pasrah kerna mungkin takdirnya begini....

aku biarkan kau berlalu pergi dari hidupku bukan kerna hilang rasa kasih dan sayang pada dirimu...
tapi biarlah kita begini memujuk hati sendiri....
aku mengerti bahawa pemergian kau dari hidup ku adalah tuk mencari ketenangan tuk sementara waktu dek himpitin dan asakan masalah yang tak pernah selesai membelenggu kau tika ini...
cuma kau tiada kekuatan tuk menyatakan keadaan sebenar yang akhirnya memaksa tuk kau menyepikan diri dari diri ini...

aku terkapai-kapai keseorangan bagaikan anak kecil yang dipimpin dan akhirnya ditinggalkan keseorangan dalam lautan manusia yang tak dikenalinya....
aku masih di sini dan akan sentiasa berada di sini...
kerna bagiku andai kau masih memerlukan aku tuk melengkapi sebahagian hidupmu,pasti kau akan cuba tuk mencari dan mendapatkan aku kembali....
andai kau masih menyepikan diri dari diri ini,mengertilah aku bahawa diri ini tak lagi kau perlukan...

jangan sentuh hati ini andai tak tahu tuk menjaganya....

No comments:

Post a Comment