Thursday, September 15, 2011

sakit rindu + sakit kepala + sakit hati = zzzzzz

walaupun sakit,sakit dan sakit tetap nak update entry...sebab yang sakit nye kepala n hati aku je..jejariku masih dalam keadaan sihat dan semakin sihat sebab hari-hari dok exercise kat atas keyboard lappy nie...hihi...

dalam masa 2 minggu nie je macam-macam sakit yang datang menyerang.....tengok tajuk entry pon da tau sakit pe kan..so, tak payah la aku nak cakap berulang-ulang kali...cett..cam siaran bebayar la pulak tak boleh nak menghulang-hulang ayat yang ciput tu....

first, sakit rindu...sakit rindu memang da lama dan sampai ke hari nie masih tak dapat nak diubati...sungguh-sungguh menyeksa zahir dan batin ku....hambek ko...sampai macam tu sekali...
sangat-sangat la teruk bila diserang sakit rindu nie....sampaikan makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi pon tak basah...sebaik la aku tak ke sampai kronik macam tu sekali...makan still bertambah-tambah,mandi macam tak reti nak sudah-sudah, tidur pulak sampai terlajak-lajak......hehehe

second, sakit kepala...adakah disebabkan oleh sakit rindu yang menyebabkan aku menjadi sakit kepala dek memikirkan macam mana cara nak melepaskan rindu pada si dia??...tettt......tidak sama sekali...
sakit kepala yang semakin hari semakin menjadi-jadi ni bukan disebabkan sakit rindu yang menyeksa zahir dan batinku sekarang nie.....cett..keluar lagi ayat sasteranye tu...biasala da musim-musim exam nie...memang tak lepas la dari sakit kepala..tapi kalau exam selalunya aku tak pernah la pulak sakit kepala teruk macam sekarang nie...makin hari makin menjadi-jadi...rasa macam nak hantuk je kepala otak aku nie kat dinding....
mungkin kali nie disebabkan pressure nak exam tu terlebih,mau tak nye..dalam masa beberapa hari je lagi nie aku akan menduduki exam yang paling besar sepanjang aku study selama 3 tahun nie...exam yang akan menentukan masa depan aku....fuhhh!!!!!!dup dap dup dap....seribu satu rasa ala-ala babbas pon ye gak sekarang nie......hopefully aku dapat menjawab soalan-soalan exam dengan tenang dan insyaallah lulus exam...amiinn......

then, sakit hati...arrghhh!!! aku da fedup dengan keadaan yang perlu aku lalui hari-hari kat sini.....asyik-asyik aku je yang nak jaga hati ko...abis tu hati aku sape yang nak jaga???...boleh gitu??....sakit hati aku sebab???...bia aku jela yang tau dan biarlah aku pendam saja perasaan ini...akan ku pujuk rajuk hati ini sendiri....hambek ko ayat jiwang karat ya amat.....tak sah kalau tak keluar ayat sastera n jiwang karat ko nie....tak lengkap rasanya...muahahaha.....

erm,k la...nie je post yang aku nak story morry sangat kat korang nie..x dela gempak mana pon.....yang ado.....haha....

Friday, August 19, 2011

kembali mengharap

kau kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama kau menyepi dari diri ini....
adakah hadir kau kembali dalam hidup ini membawa harapan yang aku impikan...
atau hanya sekadar mencari teman tuk menjadi tempat tuk kau hilangkan kesunyian dalam hati kau...

kembalinya kau dalam hidup aku umpama memberi aku satu pengharapan yang kini aku masih tak tahu jawapannya...
adakah hanya aku yang terlalu mengharap tuk kita jadi seperti dulu kembali...

aku kini kembali mengharap satu harapan yang aku sendiri tak pasti adakah harapan itu akan jadi kenyataan satu hari nanti.....

Tuesday, August 16, 2011

cinta kita




cinta antara kita masih wujud....
rindu antara kita masih menebal...
sayang antara kita masih ada....
meskipun hubungan cinta antara kita kau gantungkan begitu sahaja....





Wednesday, August 10, 2011

sekali lagi cinta itu hilang...

sekadar gambar hiasan


sekali lagi kau menyepi dari diri ini...dan membuatkan aku tertanya-tanya di mana salah dan silap aku dalam membina dan menjalin perhubungan cinta ini...
tiap hari yang berlalu terasa kosong dan tidak bermakna....segala yang indah dan yang ku angankan hilang sekelip mata...mungkin hadirmu untuk kali ini hanya persinggahan cuma...
aku pasrah kerna mungkin takdirnya begini....

aku biarkan kau berlalu pergi dari hidupku bukan kerna hilang rasa kasih dan sayang pada dirimu...
tapi biarlah kita begini memujuk hati sendiri....
aku mengerti bahawa pemergian kau dari hidup ku adalah tuk mencari ketenangan tuk sementara waktu dek himpitin dan asakan masalah yang tak pernah selesai membelenggu kau tika ini...
cuma kau tiada kekuatan tuk menyatakan keadaan sebenar yang akhirnya memaksa tuk kau menyepikan diri dari diri ini...

aku terkapai-kapai keseorangan bagaikan anak kecil yang dipimpin dan akhirnya ditinggalkan keseorangan dalam lautan manusia yang tak dikenalinya....
aku masih di sini dan akan sentiasa berada di sini...
kerna bagiku andai kau masih memerlukan aku tuk melengkapi sebahagian hidupmu,pasti kau akan cuba tuk mencari dan mendapatkan aku kembali....
andai kau masih menyepikan diri dari diri ini,mengertilah aku bahawa diri ini tak lagi kau perlukan...

jangan sentuh hati ini andai tak tahu tuk menjaganya....

Tuesday, August 9, 2011

R I N D U itu masih segar

RINDU untuk menatap satu wajah yg mampu mendamaikan hati ini...
RINDU untuk mendengar satu suara yang mampu menggetarkan dada ini....
RINDU pada seorang insan yang sanggup mendengar segala keluh kesah yang sentiasa belenggu diri ini...
RINDU untuk bergurau senda bertelingkah mulut dengan seorang insan ini...
RINDU RINDU RINDU..................
sesungguhnya kerinduan di hati ini makin jelas tatkala di waktu kesunyian....
aku hanya mampu menanggung dan menahan rasa rindu yang makin bergolak di hati ini....
terkadang menitis juga mutiara jernih di pipi ini tatkala rindu ini semakin mendesak dan menghimpit di setiap ruang dada ini.....
hanya Dia saja yang Maha Mengetahui perasaan rindu terhadap si dia tika ini...
ku berharap agar si dia juga dapat merasa sama seperti apa yang aku rasa terhadap dirinya ketika ini.....
biarlah ku simpan rindu itu jauh di sudut hatiku....
RINDU itu masih segar tuk dirimu....walaupun kini tiada ikatan cinta antara kita....
secebis kenangan yang kita cipta sepanjang perkenalan kita itulah yang akan menjadi kenangan yang manis tuk dikenang....