Friday, August 19, 2011

kembali mengharap

kau kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama kau menyepi dari diri ini....
adakah hadir kau kembali dalam hidup ini membawa harapan yang aku impikan...
atau hanya sekadar mencari teman tuk menjadi tempat tuk kau hilangkan kesunyian dalam hati kau...

kembalinya kau dalam hidup aku umpama memberi aku satu pengharapan yang kini aku masih tak tahu jawapannya...
adakah hanya aku yang terlalu mengharap tuk kita jadi seperti dulu kembali...

aku kini kembali mengharap satu harapan yang aku sendiri tak pasti adakah harapan itu akan jadi kenyataan satu hari nanti.....

Tuesday, August 16, 2011

cinta kita




cinta antara kita masih wujud....
rindu antara kita masih menebal...
sayang antara kita masih ada....
meskipun hubungan cinta antara kita kau gantungkan begitu sahaja....





Wednesday, August 10, 2011

sekali lagi cinta itu hilang...

sekadar gambar hiasan


sekali lagi kau menyepi dari diri ini...dan membuatkan aku tertanya-tanya di mana salah dan silap aku dalam membina dan menjalin perhubungan cinta ini...
tiap hari yang berlalu terasa kosong dan tidak bermakna....segala yang indah dan yang ku angankan hilang sekelip mata...mungkin hadirmu untuk kali ini hanya persinggahan cuma...
aku pasrah kerna mungkin takdirnya begini....

aku biarkan kau berlalu pergi dari hidupku bukan kerna hilang rasa kasih dan sayang pada dirimu...
tapi biarlah kita begini memujuk hati sendiri....
aku mengerti bahawa pemergian kau dari hidup ku adalah tuk mencari ketenangan tuk sementara waktu dek himpitin dan asakan masalah yang tak pernah selesai membelenggu kau tika ini...
cuma kau tiada kekuatan tuk menyatakan keadaan sebenar yang akhirnya memaksa tuk kau menyepikan diri dari diri ini...

aku terkapai-kapai keseorangan bagaikan anak kecil yang dipimpin dan akhirnya ditinggalkan keseorangan dalam lautan manusia yang tak dikenalinya....
aku masih di sini dan akan sentiasa berada di sini...
kerna bagiku andai kau masih memerlukan aku tuk melengkapi sebahagian hidupmu,pasti kau akan cuba tuk mencari dan mendapatkan aku kembali....
andai kau masih menyepikan diri dari diri ini,mengertilah aku bahawa diri ini tak lagi kau perlukan...

jangan sentuh hati ini andai tak tahu tuk menjaganya....

Tuesday, August 9, 2011

R I N D U itu masih segar

RINDU untuk menatap satu wajah yg mampu mendamaikan hati ini...
RINDU untuk mendengar satu suara yang mampu menggetarkan dada ini....
RINDU pada seorang insan yang sanggup mendengar segala keluh kesah yang sentiasa belenggu diri ini...
RINDU untuk bergurau senda bertelingkah mulut dengan seorang insan ini...
RINDU RINDU RINDU..................
sesungguhnya kerinduan di hati ini makin jelas tatkala di waktu kesunyian....
aku hanya mampu menanggung dan menahan rasa rindu yang makin bergolak di hati ini....
terkadang menitis juga mutiara jernih di pipi ini tatkala rindu ini semakin mendesak dan menghimpit di setiap ruang dada ini.....
hanya Dia saja yang Maha Mengetahui perasaan rindu terhadap si dia tika ini...
ku berharap agar si dia juga dapat merasa sama seperti apa yang aku rasa terhadap dirinya ketika ini.....
biarlah ku simpan rindu itu jauh di sudut hatiku....
RINDU itu masih segar tuk dirimu....walaupun kini tiada ikatan cinta antara kita....
secebis kenangan yang kita cipta sepanjang perkenalan kita itulah yang akan menjadi kenangan yang manis tuk dikenang....